suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mahkamah Singapura Penjarakan Tony Eusoff Lapan Bulan

SINGAPURA: Mahkamah Singapura pada Khamis menjatuhkan hukuman lapan bulan penjara ke atas pelakon Malaysia Tony Eusoff kerana memiliki dadah.

Tony, 38, atau nama sebenarnya Anthony Joseph Anak Hermas Rajiman dihadapkan ke mahkamah pada 31 Mac lepas dan didakwa memiliki dadah terkawal Kelas A di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.

Laporan berita menyebut pelakon itu dipercayai memiliki satu peket mengandungi tidak kurang daripada 4.56g bahan sayuran yang telah dianalisis dan didapati mengandungi kesan ganja.

Dia didakwa memiliki dadah itu di balai ketibaan bas Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Tuas pada 12 Mac lepas.

Turut hadir di mahkamah memberi sokongan ke atas anak kelahiran Sarawak itu adalah penerbit filem Datuk Vinod Shekar dan rakan-rakan artis termasuk Jehan Miskin. 

Tony Eusoff

Artikel Lain