suria

Artis Lama & Baru Bakal Gegarkan Malam Kemuncak APO2016

Dayang Nurfaizah antara penyanyi yang bakal mengadakan persembahan pada malam kemuncak APO 2016.

PETALING JAYA: Malam kemuncak Anugerah Pilihan Online (APO 2016) bakal memperlihatkan gabungan penyanyi lama dan baharu menerusi persembahan pada acara yang bakal berlangsung pada 30 April ini.

Antara selebriti yang bakal menggamatkan pentas malam anugerah itu termasuk Ella, Dayang Nurfaizah, Adibah Nor, Hazama, Sandra, Azlan & The Typewriter, Caliph Buskers, Altimet, One Nation Emcee, Syamel dan Aweera.

Membuka tirai persembahan APO2016 pada malam itu nanti adalah persembahan lagu-lagu popular terkini secara medley daripada Adibah Nor, One Naton Emcee dan Aweera.

Mereka bakal mempersembahkan gabungan lagu yang pernah popular suatu ketika dahulu sehinggalah pada era kini bersesuaian dengan transformasi digital yang diketengahkan.

Hazama.

APO2016 bakal berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri pada pukul 9 malam dan akan disiarkan secara langsung menerusi TV2.

Ia dianjurkan oleh mStar Online bersama Suria FM serta dihebatkan oleh Dnars sebagai penaja rasmi.

Sebanyak 18 kategori dipertandingkan dan sembilan daripadanya adalah kategori hiburan iaitu Aktor Terbaik Pilihan Online, Aktres Terbaik Pilihan Online, Penyanyi Lelaki Terhebat Pilihan Online, Penyanyi Wanita Terhebat Pilihan Online, Lelaki Tampan Pilihan D’nars, Wanita Anggun Pilihan D’nars, Selebriti Komedi Pilihan Online, Grup Pilihan Online dan Penyampai Radio Pilihan Online.

Tiga kategori sukan ialah Bintang Sukan Lelaki Pilihan Online, Bintang Sukan Wanita Pilihan Online dan Pasukan Pilihan Online.

Lima kategori Gaya Hidup pula ialah Ikon Fesyen Pilihan Online, Ikon Niaga Muda Pilihan Online, Blog Pilihan Online, Chef Selebriti Pilihan Online dan Selebriti Media Sosial Pilihan Online.

Altimet.

Pengundian finalis APO2016 dibuka sejak 1 April lalu dan bakal berakhir pada 27 April ini.

Dalam pada itu, persembahan malam kemuncak juga bakal menyaksikan pelakon terkenal Adi Putra dan Amar Baharin akan muncul pentas buat pertama kali sebagai penyanyi.

Bagaimanapun kedua-dua pelakon itu masih merahsiakan bentuk persembahan pada malam itu kerana ingin memberikan kejutan kepada peminat.

Tidak ketinggalan satu tribute bagi mengenang sumbangan komposer Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan akan turut dilakukan apaboila Dayang Nurfaizah dipilih menyanyikan lagu-lagu citaan komposer itu secara medley.

Caliph Buskers. 

Peminat ratu rock negara, Ella yang tidak berkesempatan menonton konsert bersempena 30 tahun kariernya dalam industri seni pada Sabtu lalu turut berpeluang menyaksikan kemunculannya di APO2016 untuk penutup anugerah berkenaan.

Ella akan bergandingan bersama Azlan, Hazama dan Caliph Buskers.

Tambah istimewa, Dayang Nurfaizah dan Hazama sekali lagi akan muncul pada penutup bagi menyampaikan lagu terbaharu mereka terbitan Suria FM buat kali pertama iaitu Bangkit.

Persembahan artis dalam APO2016 ini dipimpin oleh Faizal Uzir atau Lok U.

APO 2016

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain