suria

Dayang Nurfaizah Tampil Muzik Video Kedua Langit Cinta

Dayang Nurfaizah
PETALING JAYA: Penyanyi Dayang Nurfaizah bakal keluar dengan muzik video kedua bagi single terbaharunya yang juga lagu tema filem Langit Cinta terbitan Astro Show.

Lagu hasil ciptaan Nurzaidi Abd Rahman ini tampil dengan konsep berbeza dengan berlatarkan tema filem ini cukup mudah untuk direalisasikan oleh produksi.

Istimewanya, muzik video ini bukan sahaja menampilkan Dayang Nurfaizah, malah turut menyelitkan beberapa babak menarik dalam filem Langit Cinta secara kreatif.

Hasil akhir muzik video ini dijangka bakal meruntun jiwa penonton.

Muzik video kedua ini telah dilancarkan secara eksklusif di HLive pada 22 Disember lalu. Peminat boleh mendengar lagu ini secara streaming online menerusi RAKU bermula 14 Disember lalu. 

Ia turut boleh didengari di iTunes dan Spotify bermula 22 Disember dan boleh menikmati lagu ini secara karaoke di Redbox & GreenBox pada Januari 2016.

Filem Langit Cinta diarahkan oleh Osman Ali dnegan menampilkan barisan pelakon seperti Keith Foo, Nur Fazura, Farid Kamil, Siti Saleha, Fauziah Ahmad Daud, Datuk Jalaluddin Hassan dan Dian P. Ramlee.

Langit Cinta bakal ditayangkan pada 7 Januari 2016.
 



.

Langit Cinta, Dayang Nurfaizah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain