suria

Astro Bella Anjur Program Jom Kurus Buat Kali Kedua

Program Astro Bella Jom Kurus bakal dianjurkan buat kali kedua.

PETALING JAYA: Saluran Astro Bella kembali menyahut seruan kempen Fit Malaysia anjuran Kementerian Belia dan Sukan apabila sekali lagi mengadakan program kesihatan dan kecergasan.

Pengurus Saluran Astro Bella, Natasha Hashim berkata, program selama dua hari itu diharap dapat membantu meningkatkan motivasi peserta seterusnya mengurangkan potensi menghidap penyakit kronik merbahaya.

"Penganjuran program berkenaan adalah bagi memupuk kesedaran dikalangan penonton dalam mengamalkan gaya hidup sihat dan kepentingan mengurangkan kadar obesiti dikalangan wanita," katanya.

Astro Bella Jom Kurus (ABJK) bakal diadakan di Lost World Of Tambun, Ipoh, Perak.

Kata Natasha lagi, program tersebut bakal dikendalikan oleh seorang pakar kecergasan dan kesihatan selain penglibatan artis seperti Nana Mahzan, Dahlia Shazwan, Shenty Feliziana, Nina Nadira dan penyampai radio Sinar FM, Feeya Iskandar.

Dalam pada itu, Natasha berkata, program berkenaan terbuka kepada wanita berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai BMI melebihi 25.

Pada acara itu nanti pelbagai aktiviti menarik akan diadakan seperti ceramah motivasi, bimbingan kecergasan, cabaran mini bootcamp, rawatan spa, Lost World Zip Line, kursus Lost World 13 High Rope dan penerokaan ke Terowong Batu 6.

Astro Bella Jom Kurus

Artikel Lain