Lufya Ditawarkan Bayaran Lumayan Jika Buka Tudung - Hiburan | mStar

Lufya Ditawarkan Bayaran Lumayan Jika Buka Tudung

Lufya Omar. Foto S.S.KANESAN
KUALA LUMPUR: Sejak berubah imej iaitu bertudung litup pada 2 Februari lalu, pelakon Lufya Omar diuji apabila ditawarkan bayaran lumayan asalkan dia sanggup membuka tudung.

Lufya, 30, berkata, sebelum ini, kerja lakonan yang ditawarkan tidak  lumayan seperti yang diterima selepas dia berhijab dan menyifatkan perkara itu mungkin salah satu ujian oleh Allah kepadanya.

"Selepas berhijab, ada beberapa produksi yang menawarkan saya berlakon tetapi dengan syarat saya perlu berlakon tanpa tudung dan bayarannya juga lumayan.

"Tetapi saya anggap perkara ini sekadar ujian Allah yang mahu menguji iman kita. Ada juga beberapa dugaan lain sepanjang saya bertudung ini," katanya kepada mStar Online.

Tambah Lufya, dia menyifatkan ujian yang dilalui mempunyai hikmah apabila tawaran kerja lakonan semakin bertambah selepas dia menolak untuk membuka hijab bagi tawaran yang memerlukan dia berbuat demikian.

"Alhamdulillah, saya berjaya mengharunginya dan dapat melihat hikmah di sebaliknya.

"Tawaran lakonan pula tidak pernah putus. Diakui ia tidaklah lumayan, tetapi saya dapat rasa keberkatan wang itu, tidak mudah habis," ujarnya.

Sementara itu, beritahu Lufya, dia juga kini bersikap selektif dalam memilih tawaran lakonan kerana mahu kerja yang dilakukan itu menjadi satu dakwah kepada masyarakat.

"Saya bersyukur apabila ramai yang menyokong kerjaya saya, jadi saya mahu membalasnya dengan berdakwah menerusi lakonan dengan memilih watak-watak Islamik.

"Tambahan pula, watak Islamik lebih sesuai dengan penampilan saya sekarang ini," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Lufya baru sahaja selesai penggambaran telefilem Dibawah Langit Mu Aku Berselawat  terbitan Astro Oasis.
Lufya Omar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain