suria

Gambar Anak Lelaki Harith Iskander Di Laman Web Lucah Kanak-Kanak

PETALING JAYA: Gambar anak lelaki pelawak Harith Iskander yang berusia tiga tahun bersama gambar kanak-kanak lain, telah disiarkan di sebuah laman web pornografi kanak-kanak, dipercayai dari Malaysia.

"Google Alert membawa perhatian saya kepada gambar-gambar anak saya (dan saya sedang memangku anak saya) berserta gambar kanak-kanak lain yang muncul dalam sebuah laman web tempatan berserta imej grafik lucah," kata Harith dalam posting Facebooknya, Rabu.

Harith Iskander

Teks pada laman web tersebut yang ditulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris membuatkan beliau percaya ia adalah dari Malaysia dan mempunyai kapsyen "Gambar Anak Harith Iskander".

"Kedua-dua adalah menjijikkan dan sangat membimbangkan dan semestinya saya dalam proses menghubungi SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) untuk mengetahui apa tindakan yang boleh diambil," katanya.

Gambar anak perempuan pelakon Malaysia, Erra Fazira, Engku Aleesya juga terdapat di laman web tersebut.

Artikel Lain