suria

Filem 'Chowrasta' Bakal Diiktiraf Malaysia Book of Records

Nora Danish antara pelakon filem Chowrasta.

PETALING JAYA: Malam tayangan promosi filem ‘Chowrosta’ arahan Profesor Datuk A. Razak Mohaideen yang akan berlangsung pada 10 Jun depan bakal diiktiraf Malaysia Book of Records.

Dekan Fakulti Filem Teater dan Animasi (FiTA) yang juga merangkap pengarah filem tersebut, A. Razak berkata, pengiktirafan akan diberikan kerana lebih 4,000 tiket tayangan dibuka untuk dijual bagi tontonan perdana ini.

“Buat julung kalinya dalam sejarah, Universiti Teknologi Mara (UiTM) menganjurkan Malam Tayang Promosi Filem yang akan diiktiraf oleh Malaysia Book of Records di mana penjualan tiket yang banyak untuk satu tayangan.

“Menerusi program ini, ia juga membuka peluang untuk pelajar menimba pengalaman disamping memberi latihan intensif kepada pelajar dan memenuhi subjek pembelajaran di FiTA,” katanya dalam satu kenyataan kepada mStar Online.


Poster Chowrasta.

Selain itu, program ini juga sebahagian daripada Minggu KaryaOne anjuran FiTA yang menawarkan pelbagai aktiviti akademik seperti wacana, bengkel, seminar dan persembahan.

Filem Chowrosta yang mengisahkan perjuangan anak Melayu mengubah destinasi itu diterbitkan oleh FiTA UiTM bersama Nation Film Studio.

Antara artis yang terlibat dalam filem ini dan bakal hadir pada malam tayangan tersebut ialah Datuk Rosyam Noor, Nora Danish dan Fauzi Nawawi.

Malam Tayangan Promosi Filem Chowrosta ini dianjurkan FiTA, UiTM dan akan berlangsung pada pukul 8 malam di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam.

Tiket bagi tayangan ini dijual dengan harga RM10 dan boleh didapati melalui talian 017-7134485 (Nur Sheila Shahira), 019-9958946 (Rabiatul Adawiyah) dan 017-2514745 (Azhari).

Chowrasta

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain