Individu Menyamar Fauziah Latiff Diminta Tutup Akaun Instagram - Hiburan | mStar

Individu Menyamar Fauziah Latiff Diminta Tutup Akaun Instagram

Fauziah Latiff

PETALING JAYA: Penyanyi Fauziah Latiff terkejut dan kesal apabila ada pihak tidak bertanggungjawab membuka akaun Instagram menggunakan identitinya sehingga menimbulkan kekeliruan peminat.

Fauziah atau lebih mesra dengan sapaan Jee, 45, berkata, tindakan individu tersebut bukan sahaja tidak berfaedah tetapi jelas mengainaya dirinya dan peminat yang mengikuti akaun tersebut.

"Saya sendiri baru mengetahui mengenai kewujudan akaun palsu itu dan mengesahkan ia bukan milik saya. Apa yang boleh saya katakan sampai hati ada pihak sanggup berbuat sedemikian menyamar menjadi saya.

"Pada saya tidak baik mengainaya orang lain seperti dilakukan pihak berkenaan dan saya sendiri tidak pasti apa tujuan sebenar dia berpura-pura menjadi saya menerusi akaun tersebut," katanya dalam satu kenyataan kepada mStar Online di sini pada Selasa.


Inilah akaun Instagram palsu yang diwujudkan atas nama Fauziah Latiff.

Semakan mStar Online terhadap akaun tersebut pada Selasa mendapati akaun palsu berkenaan menggunakan nama f4uziahlatiff berjaya mengumpul 225 pengikut.

Beberapa orang artis didapati turut menjadi senarai pengikut akaun berkenaan dan memberi komen pada gambar yang disiarkan.

Dalam pada itu, Fauziah berkata, dia berharap pihak berkenaan akan sedar tindakannya salah dan segera menutup akaun tersebut.

"Mungkin seronok hendak mengenakan orang lain tetapi fikirkan dahulu akibatnya kerana bukan selamanya kita akan terlepas daripada kesalahan dilakukan.

"Nasihat saya kepada pihak berkenaan jadilah orang yang baik kerana masih banyak perkara lain boleh dilakukan dan bukannya dengan menyamar dan menipu menjadi orang lain," ujarnya.

Untuk rekod, Fauziah mempunyai Instagramnya sendiri dengan nama Fauziah Latiff yang mempunyai penmgkjut lebih 71 ribu orang.
Fauziah Latiff

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain