suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tajuk Filem 'Isteri Untuk Dijual' Ikut Trend Semasa

Kamal Adli dan Nora Danish.
PETALING JAYA: Penerbit filem MIG, David Teo memberitahu tajuk filem terbaharunya berjudul Isteri Untuk Dijual sengaja dipilih mengikut trend tajuk drama dan filem semasa.

Katanya, tajuk tersebut lebih menarik perhatian golongan sasaran yang mahu menonton filem ringan tanpa mesej yang sarat.

"Kita pilih tajuk ini kerana ia sesuai dengan jalan ceritanya yang ringgan sahaja, ia untuk golongan sasaran yang lebih suka menonton filem selepas penat bekerja.

"Lagi pula, tajuk seperti itu mengikut tren semasa drama dan filem sekarang dan ia boleh menarik penonton ke pawagam," katanya kepada mStar Online.

Filem genre komedi romantik ini menampilkan gandingan pertama pelakon popular Nora Danish dan Kamal Adli.

Tambah David, pemilihan Kamal Adli adalah yang paling sesuai berikutan aktor itu mempunyai sifat komedi dan belum berkahwin.

"Kita pilih Kamal kerana melihat karakter dia yang paling sesuai untuk watak ini. Kamal juga antara hero yang masih belum berkahwin," katanya.

Filem arahan Eyra Rahman ini bakal menjalankan pergambaran di sekitar Lembah Klang tidak lama lagi. 

Filem ini mengisahkan tentang seorang model wanita lakonan Nora Danish yang menghias kulit majalan syarikat Kamal Reza (Kamal Adli). 

Mereka akhirnya jatuh cinta dan berkahwin, namun selepas berkahwin Kamal mula mengetahu perangai buruk isterinya dan mencari jalan untuk berpisah. 
Kamal Adli, Nora Danish

Artikel Lain