suria

"Henti Tuduh Saya Escort Girl" -Tasha Shilla

KUALA LUMPUR: Pelakon Tasha Shilla meminta semua pihak tidak mengaitkannya terlidat dengan kegiatan pelacuran sebagai gadis peneman atau escort girl.

Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abd. Razak, 28, berkata, isu yang ditimbulkan oleh program hiburan Melodi pada 8 Februari lalu benar-benar telah mencalarkan namanya sehingga ia menimbulkan persepsi buruk masyarakat.

"Selepas keluar isu berkenaan saya mendapat banyak panggilan telefon daripada pelbagai pihak termasuk media yang mahukan pejelasan berhubung isu itu.

"Ia turut memberi kesan kepada keluarga apabila saudara-mara turut bertanya isu yang sama dan ia memberikan persepsi buruk di mata masyarakat," katanya kepada mStar Online pada sidang media di sebuah restoran di Bangsar, di sini, Khamis.

Tasha turut ditemani peguamnya Fahda Nur Ahmad Kamar dan kekasihnya Hans Wong.

Tasha Shilla menjawab soalan wartawan mengenai isu terbaharu yang dikaitkan terhadapnya.

Terdahulu sebuah akhbar ada melaporkan 10 artis wanita tempatan disyaki terlibat dalam kegiatan sebagai gadis peneman ataupun escort  girl.

Pada 8 Februari lalu, sebuah program hiburan TV3 iaitu Melodi telah membuat laporan susulan dengan bertanyakan kepada Tasha soalan berkaitan isu berkenaan.

Dalam pada itu tambah Tasha, dia mengambil serius gosip tersebut kerana tuduhan berkenaan merupakan suatu perkara berkaitan jenayah dan meminta agar ia tidak dibangkitkan lagi bagi menjaga reputasinya sebagai pelakon yang masih aktif dalam industri seni tanah air.

"Saya mahu orang diluar sana jangan ambil mudah perkara ini dan jangan suka serkap jarang kerana ia benar-benar mengaibkan nama saya," katanya.

Dalam perkembangan sama, Fahda Nur berkata, pihaknya akan menghantar satu notis amaran kepada pihak Melodi berkaitan isu berkenaan.

Jelas beliau, soalan yang dikemukakan oleh wartawan program itu dengan menyatakan Tasha sebagai artis yang tersenarai antara 10 orang escort girl merupakan soalan fitnah, berniat jahat dan membabitkan maruah orang.

Notis berkenaan katanya akan dihantar minggu ini dan pihaknya memberi masa selama dua minggu kepada TV3 untuk memberi respons terhadap perkara itu.

Tasha Shilla

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain