suria

The Jackson Adakan Persembahan Di Malaysia Pada 26 Mac

KUALA LUMPUR: Kumpulan adik beradik lagenda pop Micheal Jackson akan mengadakan persembahan di Malaysia buat kali kedua di festival Formula Satu (F1).

Kumpulan yang dikenali sebagai The Jacksons akan berada di Malaysia pada 26 Mac ini bagi menyaksikan perlumbaaan yang berlangsung pada hujung minggu ini.

The Jackson akan mengadakan persembahan mereka di Malaysian F1 Grand Prix Gala 2015 di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC).

The Jackson dianggotai oleh Tito, Jarmaine, Marlon dan Jackie yang popular pada tahun 1970 itu mempunyai beberapa lagu hit seperti I’ll Be There, ABC, Don’t Stop Till You Get Enough.

Kumpulan ini pernah mengadakan persembahan di Stadium Negara pada Disember 2012.

Majlis makan malam eksklusif ini bertujuan mengumpul dana Bidara yang merupakan pertubuhan kebajikan yang dikendalikan oleh isteri-isteri wakil rakyat Barisan Nasional Kedah.

Tiket bagi makan malam gala ialah RM2,500 (VIP1) dan RM2,000 (VIP2), manakala bagi peminat yang ingin menyaksikan persembahan kumpulan ini boleh mendapatkan tiket berharga antara RM290 hingga RM690.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ticketpro.com.my

The Jackson

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain