Awie Tuntut Bukti Kes Pukul Isteri Di Sebuah Bank - Hiburan | mStar

Awie Tuntut Bukti Kes Pukul Isteri Di Sebuah Bank

Awie (Wings)
AMPANG: Penyanyi rock Awie (Wings) yang dikatakan telah memukul isterinya, Rozana Misbun dalam satu kejadian di sebuah bank hanya akan memberi penjelasan berhubung tuduhan itu sekiranya ada bukti dia berbuat demikian.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, berkata, dia menyifatkan dakwaan  tersebut sebagai fitnah terhadapnya.

"Saya tak mahu komen tentang perkara ini. Kalau betul saya penyanyi rock yang dikatakan telah pukul isteri, buktikan dahulu.

"Apabila ada bukti, baru saya akan jelaskan. Ini masalah rumah tangga saya dan saya tidak mahu cerita tentang perkara ini.

"Buat masa sekarang saya anggap perkara ini adalah fitnah," katanya.

Penyanyi ini ditemui pada majlis pelancaran Awie sebagai duta produk kesihatan LongJack di Bora Ombak di sini pada petang Selasa.

Pada Sabtu lalu, sebuah akhbar tempatan melaporkan seorang penyanyi rock popular dan terkenal telah memukul isterinya di khalayak ramai di sebuah bank di Ampang di sini.

awie
Awie

Tindakan penyanyi itu mengejutkan kakitangan dan pelanggan bank berkenaan sehingga menimbulkan kekecohan.

Isteri penyanyi rock itu dikatakan telah mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di ibu negara kerana kesakitan akibat ditampar dan dipukul suaminya. 

Difahamkan kekecohan itu berlaku apabila penyanyi rock yang dimaksudkan meminta isterinya membuat pengeluaran wang di bank berkenaan.

Sementara itu, tambah Awie, laporan tersebut tidak ditujukan kepada dia dan mungkin ia ditujukan kepada penyanyi rock Malaysia yang lain.

"Laporan itu tak cakap pun penyanyi itu adalah saya jadi tak perlulah nak besarkan isu ini.

"Apa yang saya mahu katakan di sini, sebagai manusia kita tidak lepas melakukan kesilapan," ujarnya.
Awie (Wings)

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain