Prof Abu Hassan Antara Calon KP Finas - Hiburan | mStar

Prof Abu Hassan Antara Calon KP Finas

Prof. Abu Hassan lebih selesa jika diberi jawatan penasihat Finas.

PETALING JAYA: Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Prof Dr Abu Hassan Hasbullah merupakan antara nama yang disebut-sebut menggantikan Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah sebagai Ketua Pengarah (KP) Perbadanan Kemajuan Filem Negara (Finas) yang bakal bersara.

Bagaimanapun, Abu Hassan berkata,  dia tidak mahu memegang jawatan tersebut melainkan penglibatannya mampu memberikan perubahan kepada industri perfileman tanah air.

"Saya dicadangkan untuk menjadi KP Finas tetapi saya tak perlukan jawatan itu.

 "Biarlah kalau nak lantik pun,  ahli-ahli akademik diberi peranan sebagai penasihat di Finas kerana mereka yang menyelidik industri, memberi idea dan mengajar teori kepada pelajar-pelajar universiti. Dan hanya golongan akademik ini tahu pergerakan jatuh bangun industri perfileman kita," katanya kepada mStar Online.

Selain Abu Hassan, beberapa nama penggiat seni lain yang antaranya Timbalan Ketua Pengarah Produksi dan Teknikal Finas, Dr Megat Al Imran dan Dekan Fakulti Filem Teater dan Animasi, UiTM,  Profesor Madya A. Razak Mohaideen turut dicadangkan bakal mengambil alih jawatan tersebut.

sasa
Razak Mohaideen antara nama yang dicadangkan menggantikan Rozaimie sebagai KP Finas
Raja Rozaimi telah berkhidmat di Finas sejak 1 Januari 2013 menggantikan Mohd Naguib Razak yang tamat kontrak pada 31 Disember 2012.

Sebelum itu, Rozaimi bertanggungjawab menerajui operasi Filem Negara yang kini kedua-dua agensi itu digabungkan.

Sementara itu, Abu Hassan berkata, sekiranya Finas mempunyai penasihat yang terdiri daripada ahli-ahli akademik, industri perfileman negara mungkin dapat diubah dengan lebih baik.

Malah penggiat seni arus perdana dan bebas dapat disatukan di bawah Finas.

"Sebenarnya, industri kita bukan bermula daripada arus perdana. Sebaliknya penggiat-penggiat seni bebas yang memulakan kerja-kerja perfileman ini.

"Tetapi sudah menjadi budaya pula apabila penggiat arus perdana dan bebas diasingkan sendiri oleh industri. Sedangkan mereka perlu bersatu, barulah industri perfileman kita lebih kukuh," tegasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain