suria

Bekas Kekasih Terkejut Berita Pertunangan Johnny Depp

Johnny dan Amber telah bertunang dan bakal berkahwin.
Johnny dan Amber telah bertunang dan bakal berkahwin.

BEKAS kekasih kepada pelakon Johnny Depp iaitu Vanessa Paradis terkejut dengan berita pertunangan lelaki tersebut dengan model, Amber Heard.

Menurut laporan E Online, Vanessa mendakwa Johnny sedang mengalami krisis pertengahan usia sehingga mengambil keputusan untuk bertunang dan berkahwin.

"Perkahwinan selalu menjadi isu paling besar dalam hubungan mereka kerana Johnny tidak pernah percaya kepada perkahwinan.

"Sebab itu Vanessa terkejut besar apabila mengetahui bekas teman lelakinya itu sudah bertunang dan akan berkahwin," kata sumber.

Dalam pada itu, sumber turut memberitahu, Vanessa mendakwa Amber sengaja memperalatkan Johnny bagi kepentingan dirinya sendiri untuk mengecap populariti sebagai model dan pelakon.

Johnny dan Amber bertemu semasa penggambaran filem Rum Diary pada 2012 dan beberapa bulan selepas itu dia mengumumkan berpisah dengan Vanessa selepas 14 tahun hidup bersama.

Pasangan itu memiliki dua orang anak bersama.

Artikel Lain