Black Kecewa Lagu Tema Filem Nyanyiannya Gagal Popular - Hiburan | mStar

Black Kecewa Lagu Tema Filem Nyanyiannya Gagal Popular

Black Hanifah
Black Hanifah

PETALING JAYA: Penyanyi Black terkilan apabila lagu nyanyiannya berjudul Puisi Sang Dewi yang dijadikan lagu tema filem Lemak Kampung Santan gagal mendapat perhatian.

Black atau nama sebenarnya, Hanifah Md. Hanafiah, 26, berkata, promosi terhadap lagu tersebut yang diserahkan sepenuhnya kepada produksi filem itu juga tidak dilakukan dengan baik.

"Lagu ini sepatutnya hit sebelum Takkan Terpisah kerana ia sebuah lagu yang kuat dan dijangka boleh pergi lebih jauh, malangnya ia langsung tidak diketahui dan dimainkan di mana-mana radio.

"Mungkin silap kami kerana tidak buat promosi sebaliknya menyerahkan tugas tersebut kepada pihak produksi filem untuk mempromosikannya bersama filem itu," katanya kepada mStar Online.

Lemak Kampung Santan yang membariskan pelakon Hans Isaac dan Neelofa sebagai teraju utama telah menemui penonton pada 8 Ogos lalu.

Dalam pada itu tambah Black, biarpun strategi mempromosi sesebuah lagu boleh dilakukan melalui filem dan drama, namun populariti drama atau filem tersebut juga mempengaruhi 'naik turun' lagu tersebut.

Bagaimanapun dia dan pihak pengurusan 8Unit kini lebih berhati-hati dalam rangka mempromosikan sesebuah lagu baharu agar mencapai sasaran yang ditetapkan.

Selain lagu Puisi Sang Dewi sebagai lagu tema Lemak Kampung Santan, single Takkan Terpisah turut menjadi lagu tema drama berjudul Jodoh Itu Milik Kita terbitan Astro.

"Bagi saya cara mempromosi filem dan lagu adalah dua strategi yang berbeza, sayang kalau lagu tersebut bagus dan boleh hit tapi sepi begitu sahaja, kos untuk buat lagu bukan murah," katanya.

Dalam pada itu, Black berkata, dia bakal muncul dengan album kedua pada awal tahun depan yang memuatkan enam buah lagu termasuk Puisi Sang Dewi, Takkan Terpisah dan Teman Pengganti.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Empat Penyanyi Tempatan Wakil Negara Ke MIDEM

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain