suria

Kendall Jenner dan Harry Styles Hanya Kawan

Kendall Jenner
Kendall Jenner
Kendall Jenner

MODEL Kendall Jenner berkata hubungan dia dan penyanyi Harry Styles hanya sekadar kawan biasa sahaja.

Bagaimanapun Jenner tidak menafikan bahawa Harry seorang lelaki yang baik.

Pasangan ini mencetuskan kontroversi apabila dilihat makan malam bersama dan menaiki kenderaan yang sama ketika ke sebuah majlis.

"Tiada apa-apa cerita, kami hanya kawan dan dia seorang yang baik," ujar Jenner.

Tambah Jenner, dia agak sukar untuk rapat dengan mana-mana lelaki kerana enggan digosipkan bercinta.

"Sangat sukar untuk keluar dengan lelaki kerana jika saya keluar dengan mana-mana lelaki pasti akan dikatakan bercinta," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain