Kanye & Kim Kardashian Buat Perjanjian Perkahwinan - Hiburan | mStar

Kanye & Kim Kardashian Buat Perjanjian Perkahwinan

SELEPAS berita pertunangan Kanye West dan Kim Kardashian hangat diperkatakan, pasangan itu kini dikatakan sedang membuat perjanjian perkahwinan sebagai tanda berjaga-jaga apabila mereka terpaksa berpisah pada satu hari nanti.

Menurut laporan Aceshowbiz,perjanjian tersebut dibuat bukan kerana kedua-dua mereka takut akan perhubungan yang tidak berhasil tetapi ia lebih kepada usaha berjaga-jaga.

"Kedua-dua mereka mempunyai kekayaan yang sangat luar biasa dan perjanjian itu semestinya dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga pada masa depan.

"Banyak perkara yang mereka kongsi dan semestinya mereka perlu melakukan sesuatu andaikata terpaksa berpisah," kata sumber.

Perjanjian perkahwinan Kim dan Kanye akan dilakukan oleh seorang pakar penceraian selebriti iaitu Raoul Felder, yang pernah menyelesaikan masalah penceraian seperti Rudy Giuliani dan Martin Scorsese.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain