suria

Scarlett Johansson Wanita Terseksi Dunia

Scarlett Johansson
Scarlett Johansson
Scarlett Johansson

AKTRES Scarlett Johansson kembali membuktikan pesonanya pada dunia apabila dia mendapat gelaran Wanita Terseksi Dunia oleh majalah Esquire.

Penghargaan itu bukanlah pertama kali diterima Scarlet kerana pada tujuh tahun lalu, aktres tersebut turut mendapat pengiktirafan berkenaan dari majalah yang sama.

Menurut laporan portal Dailymail, sebagai tanda penghargaan dan tahniah majalah tersebut, beberapa foto seksi Scarlett menjadi muka depan beberapa halaman majalah Esquire pada edisi akan datang.

Tahun lalu, gelaran tersebut dipegang oleh aktres Mila Kunis. Bagaimanapun perhatian dunia kembali berubah kepada Scarlett, tunang kepada Romain Dauric.

Artikel Sebelum

Artikel Lain