suria

Chris Brown Tidak Puas Hati Keputusan Mahkamah

Chris dikenakan hukuman tambahan daripada mahkamah berhubung kes dia memukul bekas kekasihnya, penyanyi Rihanna pada tahun 2009.

PENYANYI Chris Brown melahirkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan mahkamah yang menambah bilangan jam khidmat masyarakat yang dikenakan terhadapnya baru-baru ini.

Menurut laporan ContactMusic, Chris, 24, berkata, pihak mahkamah telah membuat keputusan itu berdasarkan kuasa yang ada pada mereka dan bukannya membuat pertimbangan adil dalam kesnya berkenaan.

Mahkamah di Los Angeles telah menambah 1,000 jam kepada Chris untuk melakukan aktiviti khidmat masyarakat selepas didapati bersalah mencederakan bekas kekasihnya Rihanna pada tahun 2009.

Chris sebelum itu telah dijatuhkan hukuman sebanyak 1,400 jam oleh mahkamah sebelum kes itu didengar semula.

Dalam pada itu, Chris mengakui benci untuk melakukan aktiviti khidmat masyarakat dan menganggap perkara itu menyusahkan hidupnya sebagai selebriti terkenal.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain