suria

Madonna Dedah Pernah Dirogol Atas Bumbung

Madonna
Madonna
Madonna

SATU pengakuan yang sangat mengejutkan daripada Madonna saat ditemu bual oleh majalah Harper's Bazaar apabila penyanyi itu mendedahkan dirinya pernah diperkosa.

Menurut laporan Showbizspy, pengalaman buruk itu terjadi saat Madonna pertama kali ke New York dan kejadian itu berlaku di bumbung bangunan sebuah pusat beli-belah.

"Ternyata New York tidak seindah yang dibayangkan. Tahun pertama di sana, saya sudah mendapat ancaman.

"Saya diperkosa di atas bumbung bangunan di mana perogol itu meletakkan pisau di punggung supaya saya mengikut kemahuannya," kata Madonna.

Bukan itu sahaja, pelantun lagu Like A Virgin itu juga pernah merasai hidup susah dan ada sahaja yang cuba memecah masuk untuk merompak di apartmen miliknya.

"Sekurang-kurangnya tiga kali seminggu rumah saya dirompak. Saya tak faham kenapa mereka berbuat demikian kerana saya tiada barang berharga di rumah itu. Mereka hanya mengambil radio pada rompakan pertama," ujarnya.

Tambah Madonna, walaupun hidup sengsara di kota New York, namun dia nekad untuk menjadi penari profesional ketika itu selepas membuat keputusan berhenti menyambung pengajian di Universiti Michigan.

Penyanyi itu berkata, demi mendapatkan duit, dia juga sanggup menjadi model dengan kasi bogel untuk sebuah kelas seni.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain