suria

Jennifer Aniston Anggap Angelina Jolie Wanita Berani

Jennifer menganggap tindakan Angelina membuang kedua-dua payudaranya sebagai berani.
Jennifer menganggap tindakan Angelina membuang kedua-dua payudaranya sebagai berani.
Jennifer menganggap tindakan Angelina membuang kedua-dua payudaranya sebagai berani.

PELAKON Jennifer Aniston menganggap tindakan Angelina Jolie menjalani pembedahan double mastectomy iaitu membuang kedua-dua payudaranya sebagai berani.

Sumber terdekat bekas isteri Brad Pitt itu memberitahu, Jennifer mengalirkan air mata ketika mendengar berita mengenai tindakan Angelina yang tidak mahu terkena penyakit kanser payudara.

Malah kata sumber itu, Jennifer berhasrat untuk mengakhiri perang dingin di antara mereka yang telah berlarutan sejak tujuh tahun lalu.

"Berita mengenai Angelina telah mengubah fikirannya dan terkejut dengan tindakan beraninya. Walaupun Jennifer terluka saat Brad meninggalkannya kerana Angelina tetapi dia mula berubah fikiran dan mahu melupakan semua persengketaan yang wujud di antara mereka," kata sumber itu kepada National Enquirer.

Jennifer dan Brad bercerai pada tahun 2005 dan dia kini telah bertunang dengan Justin Theroux.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain