suria

Miley Cyrus Kesal Papar Kisah Cinta Pada Umum

Miley Cyrus
Miley Cyrus
Miley Cyrus

KISAH percintaan Miley Cyrus dan Liam Hemsworth menjadi bualan ramai akhir-akhir ini apabila mereka dikatakan putus tunang selepas Liam didapati curang dengan aktres January Jones.

Menurut laporan portal Dailymail, khabar angin itu membuatkan Miley membuat keputusan untuk tidak mendedahkan lagi hal cintanya pada umum demi menjaga perhubungannya dengan Liam.

"Kami mempunyai sebuah rumah dan anjing peliharaan bersama. Semuanya nampak sempurna dan saya masih memakai cincin pertunangan saya.

"Keputusan saya untuk memberi komitmen terhadap perhubungan ini adalah tepat. Perkara lama (kontroversi putus tunang) telah memberikan pengajaran besar buat saya di mana saya tidak patut mendedahkan perhubungan kami pada semua orang," katanya.

Tambah Miley, sebelum ini dia tidak kisah dan membiarkan khalayak tahu setiap perkara yang dia dan tunangnya lakukan, namun ia sebenarnya telah memburukkan keadaan tanpa sedar.

"Cara ini (tidak dedahkan percintaan) rasanya adalah yang terbaik untuk kekalkan hubungan kami," tegas Miley.

Artikel Lain