suria

Garis Panduan Pemakaian Tidak Halang JLo Kekal Seksi

Jennifer Lopez tetap seksi dengan gaya yang tersendiri pada Anugerah Grammy ke-55 malam Ahad.
Jennifer Lopez tetap seksi dengan gaya yang tersendiri pada Anugerah Grammy ke-55 malam Ahad.
Jennifer Lopez tetap seksi dengan gaya yang tersendiri pada Anugerah Grammy ke-55 malam Ahad.

SEBELUM kemunculan Anugerah Grammy yang ke-55 pada malam Ahad, satu garis panduan pemakaian tetamu telahpun ditetapkan di mana hadirin wanita tidak dibenarkan memakai pakaian yang menonjolkan dada dan punggung.

Menurut laporan portal Hollyscoop, ramai selebriti wanita telah mengikut syarat tersebut, namun tidak kurang juga ada yang tidak mematuhinya.

Bagaimanapun, penyanyi dan pelakon Jeniffer Lopez yang sering tampil seksi pada acara-acara berprestij seperti ini turut mematuhi syarat-syarat tersebut.

Jennifer atau lebih mesra dengan panggilan JLo tetap kelihatan seksi dengan gayanya yang tersendiri.

JLo tidak menonjolkan dadanya mahupun punggung. Sebaliknya dia memakai gaun rekaan Anthony Vaccarelo yang menampakkan keseluruhan kaki kanannya.

Gaya mempamerkan paha bukanlah kali pertama diaksikan para selebriti pada karpet merah. Sebelum ini, Angelina Jolie juga pernah bikin kecoh pada Oscar 2012 dengan aksi serupa.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain