suria

'Salam Musik' Terima Hakikat Tidak Popular Berbanding Lagu

Salam Musik ingin mengembalikan muzik-muzik Malaysia yang tidak lagi menjadi kegemaran golongan muda masa kini. Foto SHAARI CHEMAT
Salam Musik ingin mengembalikan muzik-muzik Malaysia yang tidak lagi menjadi kegemaran golongan muda masa kini. Foto SHAARI CHEMAT
Salam Musik ingin mengembalikan muzik-muzik Malaysia yang tidak lagi menjadi kegemaran golongan muda masa kini. Foto SHAARI CHEMAT

PETALING JAYA: Penyanyi berkumpulan Salam Musik terpaksa akur apabila lagu-lagu mereka lebih dikenali berbanding anggota kumpulan itu sendiri.

Salah seorang ahlinya, Ashraf Salam A.Azlan atau Salam berkata, walaupun kurang mendapat perhatian, namun mereka tetap bersyukur kerana lagu-lagu seperti Cerita Kedai Kopi, Bangkit dan Alamak pernah menjadi perhatian ramai.

"Ini menunjukkan, lagu-lagu Salam Musik diterima, cuma kami terpaksa akur, nama kumpulan ini kurang diberi perhatian berbanding lagunya.

"Bagaimanapun selepas meraih trofi bagi Album Terbaik menerusi Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM19) pada Sabtu lalu, kami yakin ia sebagai satu langkah besar buat Salam Musik untuk menyertai industri muzik tanah air serta dikenali ramai," katanya.

Selain Salam, kumpulan itu terdiri daripada Tahlal Sahnan, Eyza Bahra, M.Irhas (Payung), Bulya, Firdaus Aziz (Djambul), Ferdaus Nadzir (Ferdy). Ammmar Habir dan Kamal Razali.

Beritahu Salam, mereka mempunyai misi yang tersendiri untuk mengembalikan muzik-muzik Malaysia yang tidak lagi menjadi kegemaran golongan muda pada ketika ini.

Dalam pada itu, mereka juga tampil menerusi penghasilan lirik yang bermesej seperti falsafah kehidupan manusia.

"Kami membawakan muzik rakyat untuk rakyat dan ia penuh dengan mesej-mesej yang berguna, kiranya muzik kami bukan sekadar hiburan semata-mata.

"Antara mesej-mesej yang disampaikan seperti cara menghormati orang lain dan terima kewujudan prinsip orang lain yang mungkin berbeza dengan kita," tuturnya.

Salam Muzik ditubuhkan pada tahun 2008 dengan menampilkan album pertama mereka iaitu Salam Dalam Dub Malas dan diikuti dengan Salam Musik pada tahun 2011.

Artikel Sebelum

Artikel Lain