suria

Natalie Portman & Benjamin Nikah Selepas Dapat Anak Pertama

Natalie Portman dan Benjamin Millepied kini bergelar suami isteri.
Natalie Portman dan Benjamin Millepied kini bergelar suami isteri.
Natalie Portman dan Benjamin Millepied kini bergelar suami isteri.

SELEPAS dikurniakan seorang anak iaitu Aleph, pada Jun tahun lalu, akhirnya pasangan selebriti Natalie Portman dan Benjamin Millepied mengikat cinta mereka dengan sebuah perkahwinan pada Sabtu lalu.

US Weekly melaporkan, pasangan tersebut berkahwin pada pukul 8 malam di kediaman mereka di Big Sur, California dengan cara adat Yahudi.

Natalie dan Benjamin mengikat janji mereka di sebuah gazebo kecil yang merupakan simbolik rumah tangga yang akan mereka kukuhkan bersama.

Dalam pada itu Big Sur merupakan lokasi kegemaran Natalie sejak dahulu lagi. Bagaimanapun pernikahan mereka berlangsung penuh rahsia dengan dihadiri keluarga dan teman dekat sahaja.

Awal minggu lalu, pasangan tersebut dikhabarkan telah mengadakan acara makan malam pra perkahwinan di sebuah restoran di Long Island.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain