suria

Salman Khan Tidak Bangga Dengan Diri Sendiri

Salman Khan.
Salman Khan.
Salman Khan.

TUBUHNYA yang gagah dan mempunyai wajah yang tampan telah membuatkan ramai lelaki mencemburui dengan pelakon terkenal Bollywood iaitu Salman Khan.

Namun siapa yang menyangka bahawa Salman sebenarnya tidak pernah berbangga dengan aset dan kejayaan yang dikecapinya selama ini.

Portal One India melaporkan, bintang yang lebih mesra disapa dengan panggilan Sallu ini memberitahu dirinya tidak mempunyai alasan untuk berasa bangga dengan dirinya.

Salman memberitahu dia sentiasa melihat dirinya seperti orang biasa yang lain.

"Saya tidak pernah terfikir bahawa saya mempunyai sesuatu kekuatan atau perkara luar biasa yang boleh mengubah hidup orang lain.

"Mungkin saya dikenali ramai tetapi pada dasarnya saya hanyalah manusia biasa seperti orang lain," katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain