suria

Liberty Ross Maafkan Suami Kerana Curang

Pengarah Rupert Sanders dan isterinya, Liberty Ross bersama dua anak mereka Tennyson Sanders dan Skyla Sanders semasa menghadiri tayangan filem 'Snow White and The Huntsman' di Village Theatre pada 29 May lalu.

PELAKON dan model Liberty Ross iaitu isteri kepada pengarah Rupert Sanders sedia memaafkan suaminya itu selepas berita kecurangannya dengan aktres Kristen Stewart tersebar.

Menurut laporan Digital Spy, Ross bersedia memberi peluang kedua kepada suaminya demi keluarga dan dua anak mereka.

"Ross sedia menerima semula suaminya kerana yakin hubungan sulit yang terjalin dengan Stewart itu tidak serius," ujar sumber terdekat pelakon itu.

Terdahulu, aktres filem Twilight itu telah berlaku curang terhadap kekasihnya, Robert Pattinson apabila jurugambar majalah People berjaya merakamkan gambar Stewart dan Sanders yang sedang bermesra.

Gambar itu dilaporkan diambil semasa pasangan tersebut terlibat dalam filem Snow White And the Huntsman dan kedua-duanya tidak menyedari gambar mereka dirakam.

Sementara itu Pattinson membuat keputusan meninggalkan Stewart kerana kecewa dengan kecurangan tersebut dan telah mengambil semua barang-barang miliknya daripada rumah yang didiami mereka di Beverly Hills, Los Angeles.

Artikel Sebelum

Artikel Lain