suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cheryl Cole Diberi Amaran Membazirkan Wang Konsert

Cheryl Cole
Cheryl Cole
Cheryl Cole

PENYANYI Cheryl Cole telah diberi amaran oleh juru akaunnya apabila dia telah menggunakan wang melebihi kos bagi konsert jelajahnya di United Kingdom (UK).

Menurut sumber kepada akhbar The Sun, kos yang berlebihan itu boleh merugikan penganjuran konsert tersebut jika ia tidak dikawal.

"Cheryl hanya ingin memberikan yang terbaik sepanjang konsert jelajahnya yang diadakan dan ia bermaksud lebih banyak wang yang harus dilaburkan.

"Jika Cheryl menambah siri lokasi konsert jelajahnya, dia mungkin boleh mendapat keuntungan yang besar.

"Bagaimanapun, konsep idea persembahan konsert yang dicadangkan Cheryl tidak menunjukkan ciri-ciri penjimatan. Peralatan yang diperlukan bukannya murah," kata sumber.

Cheryl bakal menjelajah ke 11 lokasi di UK bermula Oktober depan bermula di Belfast, Nothern Ireland.

Terdapat beberapa tema yang dicadangkan Cheryl dengan mengambil inspirasi daripada persembahan-persembahan penyanyi Katy Perry, Rihanna, Jay-Z dan Kanye West.

Artikel Berikut

Artikel Lain