suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Katy Perry Bercinta Dengan John Mayer

Katie Perry
Katie Perry
Katie Perry

LOS ANGELES: Penyanyi Katy Perry dilaporkan menghabiskan masa selama dua malam bersama penyanyi dan pemuzik John Mayer.

Difahamkan, Perry bukan sahaja mengagumi kemahiran dan bakat menulis lagu yang dimiliki Mayer, malah dia turut menyukai imej ranggi pemuzik itu yang seiras bekas suaminya Russell Brand.

thesun.co.uk melaporkan, kedua-dua bintang itu dilihat menghabiskan masa bersama dengan menggubah lagu untuk album terbaru Perry.

Baru-baru ini, mereka dilihat berkunjung ke kelab Soho House dan kemudiannya bertemu untuk menikmati pizza bersama.

Menurut beberapa tetamu di kelab itu, pasangan terbabit kelihatan saling menyukai antara satu sama lain.

Mayer adalah lelaki ketiga dikaitkan dengan Perry sejak dia bercerai dengan Brand pada tahun lalu.

Terdahulu, Perry dikatakan menjalin hubungan dengan peragawan Perancis iaitu Baptiste Giabiconi sebelum dikaitkan bercinta dengan gitaris kumpulan Florence And The Machine, Rob Ackroyd.

Artikel Lain