suria

Katie Holmes Belum Sedia Muncul Di Khalayak Sejak Bercerai

Katie Holmes
Katie Holmes
Katie Holmes

LOS ANGELES: Pelakon Katie Holmes yang dijadualkan muncul di khalayak ramai buat pertama kalinya sejak bercerai dengan Tom Cruise membatalkan penampilan itu pada saat-saat akhir.

Menurut kenyataan dikeluarkan pegawai seranta aktres itu seperti dipetik femalefirst.co.uk, Holmes dijadualkan hadir pada acara karpet merah organisasinya, Dizzy Feet Foundation di sini, pada Sabtu (waktu tempatan) tetapi dia membatalkan perancangan itu.

Holmes menubuhkan organisasi itu pada 2009 bersama pereka tari Carrie Ann Inaba dan dua juri So You Think You Can Dance iaitu Nigel Lythgoe dan Adam Shankman, selepas dia muncul dalam program realiti itu pada tahun yang sama.

Organisasi kebajikan itu mengumpulkan dana bagi membiayai pendidikan tarian di kalangan remaja di Amerika Syarikat.

Ibu kepada Suri, 6, itu dilaporkan memilih untuk tidak menonjolkan diri di khalayak sejak dia memfailkan perceraian dengan Cruise pada 27 Jun lalu.

Artikel Lain