suria

Lady Gaga Berlakon Filem 'Machete Kills'

Lady Gaga
Lady Gaga
Lady Gaga

BUAT pertama kalinya, penyanyi Lady Gaga bakal melangkah ke layar perak dengan membuat kemunculan sulungnya sebagai pelakon menerusi filem arahan Robert Rodriguez berjudul Machete Kills.

Menerusi laman Twitter milik Gaga, penyanyi berusia 26 tahun itu mengesahkan pembabitannya dalam filem aksi tersebut dan akan membawakan watak bernama La Chameleon.

"Ya benar. Saya akan membuat kemumculan pertama sebagai pelakon menerusi filem Machete Kills. Saya sangat teruja! Ah! Berlakon filem adalah perkara yang gila!" katanya pada entri Twitter tersebut.

Machete Kills yang merupakan sebuah filem sekuel Machete (2010) turut dibarisi pelakom Mel Gibson, Sofia vergara, Amber Heard, jessica Alba, Michele Rodriguez dan Vanessa Hudgens.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain