suria

Perkahwinan Brat Pitt & Jolie Dibuat Secara Tertutup

Brad Pitt dan Angelina Jolie bakal berkahwin di pejabat pendaftar perkahwinan di Windsor, England tidak lama lagi.
Brad Pitt dan Angelina Jolie bakal berkahwin di pejabat pendaftar perkahwinan di Windsor, England tidak lama lagi.
Brad Pitt dan Angelina Jolie bakal berkahwin di pejabat pendaftar perkahwinan di Windsor, England tidak lama lagi.

LONDON: Pasangan selebriti sensasi Brad Pitt dan Angelina Jolie dilaporkan merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka secara tertutup di Windsor, di sini.

Mereka juga dikatakan bakal terbang ke Perancis selepas majlis itu bagi meraikan perkahwinan mereka di kediaman mewah di Chateau Miraval.

“Mereka sudah merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan secara tertutup bersama anak-anak dan keluarga terdekat saja.

"Pasangan itu dijangka mengikat tali perkahwinan di pejabat pendaftar di Windsor seperti dilakukan pasangan putera Charles dan Camilla serta Elton John dan David Furnish,” kata satu sumber kepada akhbar Daily Star seperti dipetik laman contactmusic.com.

Pitt dan Jolie yang kini menjalani penggambaran filem terbaru masing-masing iaitu The Counselor dan Maleficent, berpendapat lokasi perkahwinan itu adalah ideal buat mereka.

“Ia memudahkan mereka untuk melaksanakan majlis itu secara tertutup. Mereka belum mengumumkan sebarang tarikh tetapi kedua-duanya sudah bersetuju untuk berkahwin secara rahsia dan tertutup,” kata sumber itu lagi.

Pasangan itu sudah menjalin hubungan selama tujuh tahun dan bertunang pada April lalu.

Artikel Lain