suria

Demi Lovato & Selena Gomez Sahabat Karib

Selena Gomez dan Demi Lovato
Selena Gomez dan Demi Lovato
Selena Gomez dan Demi Lovato

WALAUPUN jarang dilihat bersama kerana kesibukan karier masing-masing, Demi Lovato dan Selena Gomez merupakan sahabat yang sangat akrab.

Malah menurut Demi kepada Contactmusic, dia juga berhubungan baik dengan kekasih Selena, Justin Bieber.

"Saya sangat beruntung kerana memiliki seorang sahabat seperti Selena.

"Dah lama kami akrab, cuma kesibukan karier memisahkan kami. Namun kami tetap berhubung di telefon atau internet," kata Demi.

Tambah Demi lagi, mereka sering berkongsi suka dan duka bersama dan seboleh-bolehnya cuba mengelak daripada isu yang boleh menimbulkan pergaduhan.

"Walaupun cuba elak daripada bergaduh, harus diakui kadangkala kami dilanda konflik. Apa-apapun kami percaya dengan peluang kedua," ujar pelantun lagu Skycrapper itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain