Rita Rudaini Akan Pastikan Dapat Hak Penjagaan Anak - Hiburan | mStar

Rita Rudaini Akan Pastikan Dapat Hak Penjagaan Anak

Rita sebak ketika dikerumuni para wartawan ketika bercerita kisah hidupnya dengan Aidil Zafuan Abd. Radzak. Foto LOW BOON TAT.
Rita sebak ketika dikerumuni para wartawan ketika bercerita kisah hidupnya dengan Aidil Zafuan Abd. Radzak. Foto LOW BOON TAT.

KUALA LUMPUR: Pelakon Rita Rudaini Mokhtar akan memastikan mendapat hak penjagaan anak selepas berpisah dengan suaminya, bekas bintang bola sepak kebangsaan Aidil Zafuan Abd. Radzak.

Rita berkata, sejak empat tahun mendirikan rumah tangga, dia sukar mendapat kebahagiaan sebaliknya segala susah dan senang dikongsi bersama anak-anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin,3, dan Airit Rafqa Arjuna yang kini berusia 11 bulan.

“Saya menanggung susah dan senang bersama anak-anak saya. Mereka lebih memahami penderitaan yang saya tanggung. Saya akan pastikan mereka akan berada di bawah penjagaan saya sekiranya jodoh saya dengan Aidil tak panjang,” ujarnya kepada mStar Online.

Rita ditemui pada sambutan majlis ulang tahun kelahirannya ke 36 tahun yang jatuh pada Rabu.

Ia diadakan dengan penuh meriah berkonsepkan warna hitam di Hotel Royale Chulan di sini.

Akhbar Utusan Malaysia pada Rabu melaporkan Aidil,25, telah memaklumkan untuk bercerai dengan Rita menerusi mesej khidmat pesanan ringkas (SMS).

Dalam SMS yang diterima Rita, Aidil memberitahu sudah memfailkan penceraian melalui peguamnya.

Tambah Rita, dia akan berjuang habis-habisan sekiranya Aidil atau pihak keluarga mertua mahu menuntut hak penjagaan anak-anaknya jika kes itu dibawa ke mahkamah nanti.

Ditanya mengenai permohonan perceraian tersebut, Rita berkata dia telah menyerahkan kepada peguamnya untuk tindakan lanjut dan menjangkakan kes berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Syariah dalam masa seminggu.

Tambah Rita, dia sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal dihadapi selain reda dan menyerahkan kepada Allah.

"Saya sudah bertahan terlalu lama dan berita Aidil mahu menceraikan saya sedikit pun tidak mengejutkan. Lagipun dia sudah tidak pulang ke rumah hampir empat bulan.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Aidil kerana berkongsi hidup dengan saya selama ini sehingga kami mendapat dua orang anak," ujarnya.

Bagaimanapun, Rita kesal kerana Aidil tidak mampu menjadi suami yang tegas untuk melindunginya dan anak-anak selain enggan berbincang bagi menyelesaikan masalah.

Sementara itu, Rita turut memberitahu dia tidak menghalang Aidil untuk bertemu dengan dua orang anak mereka kerana menganggap anak dan bapa tidak boleh dipisahkan

“Aidil ada bertemu dengan anak-anak baru-baru ini. Kami tidak lari daripadanya tetapi dia yang meninggalkan kami,” katanya.

Rita menambah dia telah berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka sejak hari pertama mendirikan rumah tangga tetapi disebabkan terlalu banyak campur tangan pihak luar, mereka terpaksa menerima hakikat untuk berpisah.

Rita dan Aidil bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008. Perkahwinan itu pada mulanya mendapat tentangan daripada keluarga pihak lelaki.

Aidil turut mempunyai seorang pasangan kembar iaitu Zaquan Adha yang merupakan suami kepada pelakon Ayu Raudhah.

Artikel Sebelum

Justin Bieber Ingin Jadi Angkasawan

Artikel Berikut

Aaron Aziz Sahkan Bakal Terima MyPR

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel