suria

Rihanna Rakam Lagu Dengan Bekas Kekasih, Chris Brown

Rihanna ketika menghadiri Anugerah Grammy ke-54 pada 12 Februari lalu.
Rihanna ketika menghadiri Anugerah Grammy ke-54 pada 12 Februari lalu.
Rihanna ketika menghadiri Anugerah Grammy ke-54 pada 12 Februari lalu.

LONDON: Penyanyi remaja Rihanna bakal bergabung semula dengan bekas kekasih, penyanyi Chris Brown yang pernah membelasahnya pada tiga tahun lalu, untuk projek adunan semula (remix) lagu terbarunya, Birthday Cake.

“Penampilan mereka dalam lagu adunan semula itu akan menggegarkan dunia muzik,” kata penerbit bersama lagu itu, Da Internz seperti dipetik laman web thesun.co.uk.

Difahamkan, Brown yang memenangi anugerah Grammy pada minggu lalu, sudah merakamkan suaranya untuk bahagian nyanyian dan rap dalam lagu berkenaan.

Kolaborasi tersebut disebut-sebut bakal memulihkan semula ketegangan hubungan mereka sebelum ini.

Brown dikhabarkan turut menghadiri majlis sambutan hari lahir Rihanna di Beverly Hills, pada awal minggu lalu. - IANS

Artikel Sebelum

Victoria Beckham Enggan Anak Lagi

Artikel Berikut

Artikel Lain