Majlis Resepsi Ezlynn & Adam Meriah - Hiburan | mStar

Majlis Resepsi Ezlynn & Adam Meriah

Majlis resepsi Ezlynn dan Adam meriah. Foto ROHAIZAT MD DARUS
Majlis resepsi Ezlynn dan Adam meriah. Foto ROHAIZAT MD DARUS

KUALA LUMPUR: Majlis resepsi kedua bagi meraikan pasangan pengantin baru Ezlynn dan Adam Fahmi berlangsung dengan meriah di Hotel Crowne Plaza Mutiara, di sini, malam Rabu.

Pada majlis persandingan berkonsepkan musim luruh dengan gaya mediterranean itu, Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 30, kelihatan anggun dengan busana gaya moden berwarna emas rekaan tiga pereka muda iaitu Nurliza Azulkarnain, Sya Shaharani dan Sharifah Mariam Syed Mohd.

Penampilan penyanyi yang popular dengan lagu Hi Hi Bye Bye itu juga lengkap dengan sepatu khas bertatahkan berlian emas yang menggabungkan renda, permata Rafflesia dan berlian Swarovski rekaan pelakon Neelofa bernilai RM20,000.

Begitu juga dengan suaminya, Adam, tampak segak bergaya dengan mengenakan sut bewarna perang rekaan Lord’s Taylor.

Suasana dewan dihiasi dengan paduan warna tema emas, kuning dan perang sementara lantai dewan ditabur dengan kelopak daun pokok pine.

Acara bermula pada pukul 9 malam, pasangan mempelai tiba dengan diiiringi oleh ibu bapa masing-masing dan empat orang pengapit berserta alunan lagu klasik sepanyol.

Sepanjang berlangsungnya majlis ia dikendalikan oleh hos yang juga merupakan perunding perkahwinan, Billbora dan diserikan dengan persembahan oleh penyanyi Datin Ilyka, Fazli Zainal, Adibah Noor dan Dafi.

Ezlynn turut disaluti dengan aksesori barangan kemas daripada Rafflesia bernilai jutaan ringgit.

Sementara itu, untuk majlis potong kek, Ezlynn dan suaminya mengayakan pakaian berwarna lavendar rekaan Khoon Hooi.

Majlis perkahwinan yang ditaja oleh Rafflesia itu turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Rafflesia, Sin Chean Loong, Pengarah Urusan Lord's Tailor, Robert Loh dan Kenny Loh selain kira-kira 200 orang tetamu yang terdiri daripada pihak media dan selebriti.

Antara selebriti yang kelihatan pada majlis tersebut adalah Neelofa, Dafi, Jehan Miskin, Yasmin Hani, Lisdawati dan Fauzi Nawawi, Memey Suhaiza, Amber Chia, Adibah Noor, Farhan, Dynas Mokhtar dan Eja.

Terdahulu Ezlynn sah bergelar isteri kepada Adam, 35, yang juga pengurusnya pada 20 November lalu dalam satu upacara yang berlangsung di Sime Darby Convention Centre, di sini.

Artikel Sebelum

Justin Bieber Tolak Dadah, Seks Bebas

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain