suria

Kim Kardashian Dan Kanye West Bercinta?

BINTANG realiti yang masih dalam proses penceraiannya dengan Kris Humpries dilaporkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi rap, Kanye West.

Aceshowbiz melaporkan ibu Kim, Kris Jenner turut mengetahui mengenai hal tersebut dan tidak menghalang anaknya itu bercinta dengan Kanye.

Kim dan Kanye pernah dikatakan bercinta pada tahun 2010 tetapi hubungan itu menemui kegagalan. Kini, kedua-dua mereka dikhabarkan kembali mesra selepas Kim hadir pada parti yang dianjurkan oleh Kanye pada 13 Disember lalu.

Sumber memberitahu Aceshowbiz, pasangan itu sentiasa bersama semasa berada di parti berkenaan.

"Kanye kelihatan mesra dengan Kim dan sentiasa bersamanya pada malam itu.

"Ibunya sendiri tidak menghalang kerana ia dapat menaikkan reputasi mereka dan rancangan realiti yang ditayangkan," ujar sumber tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Lain