Piers Morgan Timang Anak Keempat - Hiburan | mStar

Piers Morgan Timang Anak Keempat

PENGACARA televisyen Piers Morgan, 46, (gambar) menimang anak keempat pada Jumaat lalu setelah isterinya melahirkan bayi perempuan.

Piers membuat pengumuman itu menerusi akaun twitternya.

"Benar. Saya telah menjadi ayah untuk kali keempat, bayi perempuan. Dia benar-benar comel," kata pengacara dari CNN itu dalam twitternya seperti dipetik dari Reuters.

Menurutnya lagi, bayi tersebut dilahirkan selepas pasukan kegemaran Piers, Arsenal memenangi satu perlawanan bola sepak.

Bayi itu merupakan anak pertama Piers dengan isterinya, wartawan akhbar The Daily Telegraph, Celia Walden, 34,

Piers memiliki tiga anak daripada isteri pertamanya, Marion Shalloe, yang dikahwininya pada 1991 dan kemudian bercerai pada 2008.

Piers merupakan bekas redaksi di akhbar harian Britain, World dan Daily Mirror serta juri program televisyen America's Got Talent, menggantikan Larry King di CNN pada 2010.

Artikel Sebelum

Koleksi Pembakar Semangat Ahmad Idham

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Jejak Upin & Ipin di Muzium Negara

default image

Tania Hudson Dihendap Peminat Fanatik

Lebih Artikel

Marcelo akui Real Madrid rindu Ronaldo

"Mereka tidak layak cakap pasal hoki"