suria

Shoffi Jikan Berlakon Sampai Pengsan

Shoffi Jikan. Foto ROHAIZAT MD DARUS
Shoffi Jikan. Foto ROHAIZAT MD DARUS
Shoffi Jikan. Foto ROHAIZAT MD DARUS

PUTRAJAYA: Pelakon hebat, Shoffi Jikan mengaku dia pernah rasa kecewa kerana kerja lakonannya seperti tidak diendahkan khalayak.

Bagaimanapun, Shoffi berkata, tuah filem KL Gangster telah membuka mata ramai pihak kepada bakatnya yang selama ini tidak disedari sehingga berjaya memperoleh Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada festival Filem Malaysia 24 (FFM24).

"Sepanjang 15 tahun saya berlakon, anugerah ini merupakan kejayaan berganda kerana inilah pertama kali saya dicalonkan dalam mana-mana majlis anugerah dan terus dinobatkan.

"Dan sepanjang saya berkecimpung dalam industri ini, diakui saya pernah kecewa kerana hasil kerja saya seperti tidak dilihat.

"Syukur, berkat kesabaran dan kesungguhan dalam setiap tawaran lakonan yang diberi akhirnya diterima ramai. Tambah pula saya mengikuti segala promosi filem KL Gangster walaupun jadual kerja begitu padat," katanya.

Tambah Shoffi, walaupun pernah kecewa kerana tidak diendahkan lakonannya, pelakon ini tidak pernah mengambil sikap sambil lewa dengan setiap kerja-kerja lakonannya.

Malah, Shoffi memberi fokus lebih daripada 100 peratus dalam menjayakan sesebuah watak.

"Biasanya saya memang bersungguh-sungguh dengan kerja yang diberi. Maklumlah, lakonan adalah periuk nasi saya dan semesti akan buat yang terbaik bagi setiap watak yang diberi.

"Sampaikan saya kerap pengsan kerana mengeluarkan segala tenaga dan emosi bagi setiap watak lebih-lebih lagi bagi watak gangster menerusi KL Gangster. Bukan filem ini sahaja, banyak lagi filem seperti Bohsia, Kongsi, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan lain-lain lagi dimana saya berlakon sampai pengsan," ujarnya.

Sementara itu, kata Shoffi, wang sebanyak RM10,000 yang diperoleh hasil kemenangan itu akan dikongsi sedikit dengan teman-teman yang sentiasa menyokongnya.

Artikel Sebelum

Zee Avi Pulang Ke Kuching

Artikel Berikut

Bicara matlamat hidup Sara Ali

Artikel Lain