Paris Keluarkan RM250 Untuk Makanan Anjing Liar - Hiburan | mStar

Paris Keluarkan RM250 Untuk Makanan Anjing Liar

Paris Hilton
Paris Hilton

BINTANG Hollywood, Paris Hilton, sanggup mengeluarkan £50 dolar atau RM 250 untuk membeli makanan seekor anjing liar.

Seperti dipetik The Sun, ketika bercuti di Bali beberapa minggu lalu, Paris memesan hidangan stik daripada seorang pelayan restoran.

Stik tersebut dihadiahkan kepada seekor anjing liar yang sedang kelaparan yang ditemui di sana.

"Melihat seekor anjing liar yang kelaparan di pantai membuatku sedih. Jadi saya telah memesan satu hidangan stik," tulisnya di twitter.

Paris turut memuat turun gambar anjing tersebut ketika memakan makanan tersebut.

Artis 30 tahun itu menyatakan kebimbangannya terhadap nasib anjing-anjing liar di Indonesia.

Dia juga menyatakan hasrat untuk memberi bantuan terhadap sebuah badan kebajikan yang membantu menangani masalah anjing liar di Pulau Dewata, Indonesia.

Artikel Sebelum

Najwa Latif Selesa Dengan Imejnya

Artikel Berikut

Jennifer Lopez Bercinta Dengan Penari?

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain