suria

Suria FM, Red FM Lancar 'Suria Wheel & Red Ryders'

PETALING JAYA: Stesen radio Suria FM dan Red FM secara rasminya melancarkan program Suria Wheels (Suria FM) dan Red Ryders (Red FM) sebagai usaha promosi kedua-dua stesen tersebut.

Majlis yang rasmikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri turut memperkenalkan kenderaan rasmi yang bakal digunakan iaitu Chery Tiggo.

Ketua Pegawai Operasi Suria FM & Red FM, Azrullah Mohd Nor berkata kenderaan baru ini menjadi imej kepada Suria FM dan Red FM yang akan menghiburkan pendengar setia kedua-dua stesen ini di luar.

“Kami sangat berbangga mengumumkan kenderaan baru untuk Suria Wheels dan Red Ryders yang secara langsung menjadi kenderaan rasmi stesen kami.

“Kenderaan baru ini dan krew merupakan imej kepada Suria FM dan Red Fm iaitu sentiasa memberi hiburan dengan kepakaran mereka menghiburkan pendengar dari luar,” katanya pada sidang media pelancaran Suria Wheel & Red Ryders, di sini, Khamis.

Tambahnya, aktiviti ini mampu mempergiatkan promosi yang dijalankan dengan pelbagai aktiviti menarik selain membantu klien menjalankan kempen mereka.

“Unit bergerak ini melakukan lintasan di setiap lokasi yang terpilih. Selain menganjurkan pelbagai permainan menarik, unit ini juga turut memberikan pelbagai barangan secara percuma kepada orang ramai.

“Krew Suria Wheel ini diketuai oleh Mickey, Mawar, AK dan Capit manakala Red Ryder diketuai oleh Nicholas dabn Preya,” katanya.

Katanya, kenderaan baru ini merupakan langkah dan perancangan terbaru Suria FM dan Red FM dalam memajukan stesen tersebut di masa akan datang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain