suria

Penerbit 'Glee' Lamar Tom Cruise

PENERBIT drama komedi muzikal bersiri Glee dikhabarkan tertarik untuk mengajak Tom Cruise (gambar) melakonkan watak sebagai pelakon jemputan dalam siri tersebut.

Malah Tom diberi peluang untuk mencipta karakter sendiri.

"Penerbit menyukai idea Tom untuk membuat karakter sendiri seperti Les Grossman dalam Tropic Thunder," kata sumber menurut Showbiz Spy, Rabu.

Penerbit mengharapkan pelakon Top Gun itu segera memberi jawapan atas penawaran tersebut dan dia yakin Tom akan menerima tawaran itu kerana isteri dan anaknya merupakan peminat siri tersebut.

"Mereka tahu kalau Katie dan Suri adalah peminat fanatik Glee, jadi mereka berharap perkara tersebut akan mempengaruhi keputusan Tom," tambah sumber itu lagi.

Glee menceritakan tentang kelab pemandu sorak New Directions bersaing di pertandingan pemandu sorak, sementara anggotanya menghadapi konflik hubungan, seks, dan masalah sosial.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain