suria

Pelajar Kolej Terima Kejutan Artis Berkunjung Ke Rumah

Shila antara artis yang akan meraikan pembaca bertuah Mingguan mStar pada Ahad ini.
Shila antara artis yang akan meraikan pembaca bertuah Mingguan mStar pada Ahad ini.
Shila antara artis yang akan meraikan pembaca bertuah Mingguan mStar pada Ahad ini.

PETALING JAYA: Seorang pelajar sebuah kolej, Muhammad Ashraf Abdul Saleem (Ashraf), 22, akan diraikan oleh tiga artis terkenal selepas dipilih sebagai pembaca bertuah sempena peraduan “Bersarapan Pagi Bersama mStar Ditemani Artis Popular.”

Ashraf yang tinggal di Kelana Jaya, Selangor dekat sini berpeluang beramah mesra dengan Dafi, Hafiz (AF) dan Shila Amzah apabila ketiga-tiga mereka bersetuju untuk bersarapan pagi di rumahnya pada Ahad ini.

Pelajar jurusan perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) ini amat terkejut apabila dihubungi oleh pihak mStar bagi memaklumkan kejayaannya menyertai peraduan tersebut.

“Biasanya saya hanya menonton artis-artis ini di televisyen tetapi kali ini saya akan bertemu dengan mereka. Saya memang meminati mereka terutama Dafi kerana saya gemar menonton program Akademi Fantasia.

“Apabila melihat peraduan ini di akhbar Mingguan mStar, saya terus menyertainya dan tidak sangka pula terpilih.

“Setelah memberitahu kepada ibu dan bapa saya, mereka turut menumpang gembira dan mengalu-alukan kedatangan artis, geng mStar dan deejay Suria FM,” katanya kepada mStar Online.

Pihak Mingguan mStar juga akan menyediakan menu terpilih bagi menjayakan majlis berkenaan.

Menurut Ashraf, bapanya merupakan pembaca setia akhbar Sunday Star sementara dia pula akan memilih Mingguan mStar di dalam akhbar berkenaan untuk membaca kisah-kisah artis.

“Bapa saya selalu melanggan akhbar Sunday Star setiap minggu, jadi saya tidak melepaskan peluang membaca Mingguan mStar.

"Saya gemarkan konsepnya seperti majalah, penulisan yang berkualiti dan ruangan yang paling diminati adalah hiburan,” katanya.

Selain ketiga-tiga artis tersebut, deejay Suria FM juga akan turut serta untuk menjayakannya.

Peraduan berkenaan diadakan bermula 13 Mac sehingga 22 Mei depan khas untuk pembaca Mingguan mStar, sisipan berbahasa Malaysia pertama yang diterbitkan bersama Sunday Star. Ia diedarkan sekitar Lembah Klang.

Pembaca portal mStar Online juga berpeluang menyertainya dengan melayari: www.contests.thestar.com.my/bersarapanartis/

Artikel Sebelum

Artikel Lain