suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kira-Kira 500 Pengunjung Meriahkan 'ChariTup'

Ana Raffali turut membuat persembahan pada majlis tersebut.
Ana Raffali turut membuat persembahan pada majlis tersebut.
Ana Raffali turut membuat persembahan pada majlis tersebut.

KUALA LUMPUR: Kira-kira 500 pengunjung hadir bagi menjayakan program perjumpaan antara pengguna Twitter yang diadakan di medan selera Rasta, Taman Tun Dr Ismail, di sini Sabtu lalu.

Program kerjasama antara pengguna rangkaian sosial Malaysia, DiscountDeal, dan selebriti Malaysia yang diberi nama ChariTup ini adalah bertujuan untuk mengumpul dana.

Menurut pengurus syarikat DiscountDeal, Md Fadzmel Md Fadzil, program ini bertujuan membuat kebajikan dengan mengumpul sumbangan yang diberi melalui pelbagai cara.

“Program kebajikan ini adalah untuk membuat kebajikan dengan hasil kutipan yang diterima akan disalurkan kepada Mercy Malaysia yang kemudian akan digunakan untuk menyokong setiap bantuan yang diperlukan.

“Selebriti Malaysia yang menyertai program ini akan menggunakan Twitter dan Facebook untuk menyumbang kepada program ini dengan cara menghebahkan kepada pengikut-pengikut mereka di laman sosial tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, program ini ditubuhkan sebagai tanda kesedaran terhadap bencana alam yang banyak berlaku di dunia.

“Ramai peminat dan selebriti yang ingin beri bantuan namun tidak tahu bagaimana cara yang sesuai. Jadi dengan program santai sebegini kita dapat berhibur sambil menderma.

“Kutipan kali ini akan disalurkan kepada mangsa bencana Tsunami di Jepun melalui bantuan Mercy Malaysia,” ujarnya.

Selain itu, bagi yang tidak dapat hadir, mereka juga boleh menderma melalui laman web yang disediakan iaitu www.discountdeal.com.my.

Antara selebiti yang hadir menjayakan program tersebut adalah Ana Raffali, Tiz Zaqyah, Fouziah Gous, Ikram Dinzly, Ikhwan HotFM, Nabila Huda dan Andy Flop Poppy.

Artikel Lain