suria

Aaron Kwok Dijangka Kahwin Oktober Depan

MENJELANG Oktober depan, usia aktor dan penyanyi Aaron Kwok (gambar) akan memasuki 46 tahun dan khabarnya dia akan segera melamar kekasihnya, aktres Lynn Hung.

Media Hong Kong melaporkan pasangan tersebut baru sahaja bertolak dari Taiwan setelah bercuti dengan rakan-rakannya.

Kedua-duanya kemudian dikatakan muncul di rumah keluarga aktor Murderer tersebut.

Lynn yang sebelum ini merupakan seorang model meninggalkan rumah Aaron keesokan harinya.

Memetik Xin MSN, Rabu, sebelum ini Aaron telah menemui ibu Lynn untuk membicarakan soal perkahwinan.

Ibu bapa Lynn kini tinggal di Nanjing, China. Kakak Lynn mengaku seronok mendengar khabar adiknya akan segera berkahwin dan akan mengajak ibu Lynn untuk mengunjungi Aaron di Hong Kong.

"Saya senang selama dia (Lynn) senang," ujar kakak Lynn.

Ketika ibu Lynn ditanyakan tentang perancangan perkahwinan tersebut, dia berdalih tidak tahu anak perempuannya sudah ada kekasih. Malah Lynn juga menafikan dakwaan tersebut.

"Saya tidak tahu menahu tentang perkahwinan itu. Kakak dan ibu saya akan berada di Hong Kong untuk bertemu saya dalam beberapa hari," tutur Lynn.

Meskipun belum bersedia mengesahkan berita tentang hubungannya dengan Aaron, namun Lynn mempunyai sasaran untuk berkahwin. Wanita berambut panjang itu ingin berkahwin dalam tempoh satu hingga dua tahun lagi.

Saat ini Aaron sangat sibuk dengan karier filem dan muziknya. Sebelum ini dia mengaku belum mempunyai cukup wang untuk menampung belanja perkahwinan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain