suria

Bekas Kekasih Taylor Swift Bercinta Dengan Carey Mulligan

SETELAH putus cinta dengan penyanyi Taylor Swift beberapa bulan lalu, aktor Jake Gyllenhaal (gambar), 30, menjalin cinta dengan wanita lain.

Bintang Brockback Mountain itu dikhabarkan sedang intim dengan aktres Carey Mulligan.

Menurut Radaronline, Rabu, terdapat gambar kandid Jake dan Carey sedang menonton konsert Mumford & Sons di Nashville, Amerika Syarikat hujung minggu lalu.

Selepas menonton konsert itu, kedua-duanya menikmati makan malam romantis di sebuah restoran.

Bagaimanapun ketika ternampak kamera, Jake dan Carey tidak kelihatan terkejut. Malah aktor itu tidak kekok mempamerkan kemesraannya dengan Carey yang terkenal menerusi filem Wall Street: Money Never Sleeps itu.

Jake putus cinta dengan Taylor Swift pada Disember lalu kerana tidak tahan dengan hebahan media terhadap hubungan mereka.

Selain itu, perbezaan usia yang cukup jauh juga menjadi alasan perpisahan kedua-duanya.

Sama seperti Jake, Carey juga baru putus cinta dengan aktor Shia Lebouf. Carey dan Shia tidak mampu mempertahankan hubungan cinta mereka yang terjalin sejak Ogos 2009 itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Eva Longoria Temui Cinta Baru

Artikel Lain