suria

Eva Longoria Temui Cinta Baru

Gambar bercium yang tersebar ini mengesahkan Eva Longoria bercinta dengan Eduardo.
Gambar bercium yang tersebar ini mengesahkan Eva Longoria bercinta dengan Eduardo.
Gambar bercium yang tersebar ini mengesahkan Eva Longoria bercinta dengan Eduardo.

ARTIS Eva Longoria,35, dikatakan menemui cinta baru iaitu penyanyi Eduardo,25, selepas bercerai dengan Tony Parker.

Eva dan Eduardo dilihat bercium dan berpelukan di sebuah kapal di Miami, Florida, menurut portal femalefirst, Selasa.

Bintang Desperate Housewives itu pertama kali dikaitkan dengan penyanyi Eduardo pada Desember 2010 apabila mereka dilihat bersama di kediaman Eva, di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Bagaimanapun seorang jurucakap kepada Eva mengatakan hubungan pelakon itu dengan Eduardo hanya sebagai seorang rakan. Sayangnya kata-kata itu dilihat sebagai dusta apabila mereka dilihat beraksi mesra di sebuah pantai.

Satu sumber memberitahu kepada UsMagazine.com kedua-dua pasangan itu bersama-sama menetap di Los Angeles dan kelihatan begitu mesra walaupun belum tahu status kemesraan tersebut.

Sebelum ini Eva telah berpisah dengan pemain basket Tony Parker pada November 2010. Perceraian resmi keduanya telah diputuskan di Pengadilan Los Angeles, pada Januari 2011. [aji]

Artikel Sebelum

Artikel Lain