Artis Popular Jadi Juri Uji Bakat Pelakon Hari Terbuka Finas - Hiburan | mStar

Artis Popular Jadi Juri Uji Bakat Pelakon Hari Terbuka Finas

Jehan Miskin (kiri), Radhi Khalid (tiga dari kiri) dan Ellie Suriati (dua dari kanan) merupakan antara artis yang akan menghadiri Hari Terbuka Finas 2011 bersama-sama Timbalan Ketua Pengarah Operasi Finas, Mohd Zulkifli Ab. Wahab ketika sidang media di Finas, Selasa. - Foto oleh EDINOR
Jehan Miskin (kiri), Radhi Khalid (tiga dari kiri) dan Ellie Suriati (dua dari kanan) merupakan antara artis yang akan menghadiri Hari Terbuka Finas 2011 bersama-sama Timbalan Ketua Pengarah Operasi Finas, Mohd Zulkifli Ab. Wahab ketika sidang media di Finas, Selasa. - Foto oleh EDINOR

HULU KELANG: Orang ramai berpeluang menjalani uji bakat untuk bergelar pelakon sempena Hari Terbuka Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) 2011 pada 12 dan 13 Februari.

Ia akan diadakan di Kompleks Merdeka Finas, di sini bermula pukul 10 pagi sehingga 6 petang.

Beberapa pelakon terkenal akan terlibat dalam penilaian uji bakat tersebut iaitu Azlee Senario dan Julia Ziegler, Pierre Andre, Khatijah Tan, Radhi Khalid, Ellie Suriati, Faizal Hussein dan Nor Khiriah.

Menurut Khatijah Tan, antara kriteria yang akan diambil kira adalah pelakon yang mampu menghayati sesuatu karakter melalui penyampaian dialog dan ekspresi wajahnya.

Sementara itu, Radhi Khalid yang pernah menjadi juri untuk uji bakat peserta Akademi Fantasia musim kesembilan di Sabah turut menetapkan kriteria pelakon yang dicari.

“Saya berharap setiap individu yang menghadiri uji bakat lakonan ini agar membuat persediaan terlebih dahulu, serius dan mempunyai minat yang menebal untuk menjadi pelakon.

“Saya tidak mahu individu yang mahu bergelar pelakon kerana mengejar glamor semata-mata. Mungkin salah satu ciri yang kita cari adalah mereka yang mempunyai sikap semula jadi dan bukan dibuat-buat.

“Bagaimanapun, bakat semula jadi akan terserlah apabila ia digilap nanti,” ujarnya kepada mStar Online.

Hari Terbuka Finas 2011 akan berlangsung bermula pukul 9 pagi hingga 11 malam pada 12 Februari manakala 9 pagi hingga 6 petang pada hari berikutnya.

Selain uji bakat lakonan, terdapat juga pelbagai aktiviti menarik lain seperti sesi bergambar dengan artis, pameran peralatan perfileman, jualan, tayangan filem dan sesi interaktif.

Pihak Finas juga menambah aktiviti baru seperti uji bakat pembaca berita dan lawatan berpandu iaitu pengunjung dibawa melihat demonstrasi kemudahan perfileman di Studio Digital Mix Stage, FINASPOST dan Studio Sound Stage yang bernilai RM57 juta.

Sementara tayangan filem tempatan untuk kedua-dua hari tersebut akan turut diadakan seperti filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Estet, Crayon, Ngangkung dan Janin.

Turut ditayangkan lima dokumentari terbitan Finas seperti P. Ramlee, Supermokh, Tun Razak, Sudirman dan Fight Master.

Pada karnival itu, Finas akan membuka gerai khas untuk jualan dan mendapatkan maklumat tentang Finas dan industri seperti KRU Studios, Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) dan Persatuan Seniman Malaysia.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain