suria

Nani (Mentor) Mahu Buka Bengkel Kereta

Nani mahu buka bengkel kereta sebagai persediaan masa depan. - Foto oleh IBRAHIM MOHTAR
Nani mahu buka bengkel kereta sebagai persediaan masa depan. - Foto oleh IBRAHIM MOHTAR
Nani mahu buka bengkel kereta sebagai persediaan masa depan. - Foto oleh IBRAHIM MOHTAR

PETALING JAYA: Pemenang tempat ketiga Mentor 4, Nurhadzwani Salleh (Nani), 24, sama sekali tidak menyangka kehidupannya kini tidak seperti yang diangankan sebelum bergelar artis dulu.

Selepas lebih tiga bulan bergelar penyanyi, Nani menganggap bidang nyanyian sepatutnya dijadikan sebagai hobi berbanding kerjaya tetap. Lantas, dia bercita-cita untuk membuka sebuah bengkel kereta sebagai persediaan masa depannya.

Nani memikirkan dia tidak akan kembali kepada pekerjaan lamanya iaitu jurutera pembuatan yang memerlukan dia bekerja teruk sehingga lewat malam setiap hari berbanding kerjaya sebagai penyanyi yang memerlukannya bergiat aktif pada hujung minggu sahaja.

“Saya fikir nak buka bisnes bengkel kereta sebab orang akan datang setiap hari. Tetapi jika ikut minat saya yang ‘gila’ main snuker, mungkin saya akan membuka perniagaan pusat snuker juga.

“Saya fikir, apabila membuka bengkel kereta, sekurang-kurangnya saya dapat mendalami lebih banyak pengetahuan tentang kereta. Mana tahu selepas ini saya boleh menukar enjin kereta sendiri.

“Sekarang, saya dah pasang angan-angan untuk memulakan perniagaan itu pada hujung tahun depan. Buat permulaan saya rancang untuk membuka perniagaan yang kecil l dengan menggunakan modal anggaran RM200,000,” katanya kepada mStar Online di Menara Star, di sini.

Nani berkata idea membuka bengkel kereta itu tercetus ekoran pertemuannya dengan ramai kawan lelaki yang asyik bercerita mengenai enjin dan lumba kereta.

Sementara itu Nani turut mengakui masih lagi solo setelah putus cinta kira-kira dua tahun lalu semasa dia berada di tahun akhir pengajian ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

“Mungkin buat sementara waktu saya akan mencari kerja di bahagian pengurusan atau sumber manusia. Apa-apa pun, jika ada peluang kerja, saya akan cuba ambil peluang itu.

“Buat masa ini, saya mengikuti persembahan yang diaturkan oleh mentor saya, Abang Azmeer (komposer). Dia banyak menasihati saya tentang nyanyian,” ujarnya.

Selepas single pertamanya, Terhenti Di Tanda Koma diputarkan di radio, Nani akan muncul dengan single keduanya berjudul Kemuliaan ciptaan Omar K.

Jika ada peluang lain dalam bidang seni, dia mahu menceburi bidang pengacaraan sesuai dengan karakternya yang suka bercakap.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain