Loque Bernafas Semula Selepas Butterfingers - Hiburan | mStar

Loque Bernafas Semula Selepas Butterfingers

Loque (dua dari kanan) bersama-sama anggota Monoloque. - Foto oleh RICKY LAI
Loque (dua dari kanan) bersama-sama anggota Monoloque. - Foto oleh RICKY LAI

PETALING JAYA: Penyanyi dan gitaris Loque atau nama sebenarnya Khairil Ridzwan Annwar, 32, lebih yakin dengan kumpulan muzik barunya, Monoloque setelah nama Butterfingers lupus dari industri seni muzik ini.

Biarpun nama itu sudah tiada lagi, namun mungkin ada yang tidak sedar, ahli kumpulan Monoloque masih mengekalkan anggota Butterfingers yang lama kecuali vokalisnya, Emmet yang telah berhijrah ke Kanada.

Sekadar nama band itu sahaja yang ditukarkan daripada Butterfingers kepada Monoloque. sana.

Selain Loque, Monoloque turut dianggotai oleh Mohd Fakharudin Mohd Bahar (Kadak), 32, Noor Haffizal Rashid (Loco), 36, dan Adam Shahrir Omar (Adam “senyap”), 29.

Mereka juga menambah seorang anggota baru iaitu Iju “gagak hitam” atau nama sebenarnya Izwan Omar, 30, yang bertindak selaku gitaris pertama band tersebut.

Selepas ketiadaan Emmet, Monoloque tampil dengan jenama dan nafas yang baru.

“Kami juga tampil dengan genre yang berlainan menggabungkan elemen rock, pop, elektronik, nusantara, keroncong, klasik Melayu dan klasik Barat.

“Lagu ciptaan saya juga lebih bersifat eksperimental. Sekarang ini, saya banyak menghasilkan lirik lagu yang mudah difahami berbanding tersirat,” katanya kepada mStar Online.

Kini, lagu ciptaan Loque berjudul Kekanda Adinda nyanyian Loque bersama-sama Atilia sering diputarkan di radio.

Selain itu, dia juga menantikan kemunculan lagu keduanya, Ilusi yang pernah dijadikan runut bunyi sebuah drama bersiri.

“Kami sedang menyiapkan album berjudul Hikayat Halimunan Abad Ke-21 yang mempunyai enam buah lagu. Selain lagu Kekanda Adinda dan Ilusi, lagu Halimunan Abad Ke-21 dan Tiada Kata Secantik Bahasa akan dimuatkan dalam album ini,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Loque turut terlibat dengan kempen Di Mana Kan Ku Cari Ganti sebagai penghormatan untuk Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang diilhamkan oleh Astro.

Dalam kempen tersebut, Loque menyanyikan lagu Tiada Kata Secantik Bahasa.

Selain itu, dia akan membuat persembahan bersama band API yang turut dianggotainya, Azlan & The Typewriter, Noh (Hujan), AJ (Pop Shuvit), Din (Estranged) dan Imran (One Buck Shot), pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-23 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) Ahad ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Maizawati Hamil Anak Ke-7

Artikel Berkaitan

default image

Justin Bieber Mengaku Pernah Dibuli

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini